Kadir Jasin kritik menteri tayang muka di papan iklan



TINDAKAN segelintir pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang gemar menaikkan papan-papan iklan yang memaparkan wajah mereka dikritik Datuk A kadir Jasin.

Kadir yang juga bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu berkata adalah lebih baik untuk papan iklan sedemikian digunakan untuk mempromosikan agenda kerajaan.

Hantaran Kadir Jasin di media sosial
"Lebih baik promosi agenda kerajaan daripada muka-muka menteri.

"Lebih baik menonjolkan orang yang mengambil bahagian dalam agenda kerajaan daripada menteri-menteri yang bergaya untuk jurugambar.

"Kerajaan adalah mengenai rakyat dan bukan mengenai menteri-menteri membina kultus keperibadian atau pegawai kerajaan yang cuba mendapat keuntungan dari kedua belah pihak," kata Kadir dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Mengiringi hantaran di media sosial Kadir itu ialah lampiran gambar papan iklan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun.
 

Post a comment

0 Comments