K'jaan cuba kenal pasti rakyat ditahan di Iran


KERAJAAN Malaysia sedang mengenal pasti identiti kapal dan 16 anak kapal rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Iran berhampiran pintu masuk ke Selat Hormuz semalam.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang dipetik Bernama berkata, (Pejabat Perwakilan Malaysia (Malawakil) di Iran, sedang mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu.

“Setakat ini, kami telah mendapat beberapa maklumat baharu tetapi masih perlu pengesahan…identiti rakyat Malaysia belum dapat dikenal pasti.

“Kenyataan rasmi berhubung perkara ini akan dikeluarkan Wisma Putra nanti,” katanya dipetik.

Semalam, media antarabangsa melaporkan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), merampas sebuah kapal disyaki menyeludup bahan api dan menahan 16 anak kapal warga Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa merampas 1.3 juta liter bahan api yang diseludup daripada kapal tidak dinamakan yang berada 15 batu nautika dari pulau Abu Musa.


Komander laut unit Revolusi Iran bagi rantau berkenaan, Brig Jen Ali Ozmayi mengesahkan penahanan tersebut.

Post a comment

0 Comments