Lebih 6 Ribu Wanita HARAPAN gempur Kimanis


WANITA Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu mengempur Kimanis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan Parlimen itu.

Ketua Penerangan Wanita HARAPAN Pusat, Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata, jentera Wanita HARAPAN sudah berada dalam keadaan bersiap sedia untuk berkempen

Kira-kira 6,000 ahli Wanita HARAPAN dari seluruh negara akan berkampung di Kimanis untuk memastikan kemenangan berpihak kepada calon dipilih mewakili Parti Warisan Sabah (warisan).

“Secara keseluruhannya, lebih kurang 6,000 Wanita PH akan berkampung di Kimanis dengan kira-kira 300 ahli akan digerakkan pada satu-satu masa (untuk berkempen) mengikut kawasan (dalam Parlimen Kimanis)," katanya.

Tambah Aiman, Wanita HARAPAN akan bergerak dibawah lambang Warisan pada PRK itu bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan pengundi.

"Ini juga sekali gus menunjukkan perpaduan antara PH dengan parti mesra PH iaitu Warisan dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)," katanya selepas satu mesyuarat berkaitan PRK itu.

Mesyuarat itu sepakat untuk melantik Ketua Wanita PH Sabah, Jannie Lasimbang sebagai Pengarah Jentera Wanita PH PRK Parlimen Kimanis dan jentera itu akan dilancarkan pada 4 Januari 2020.

Aiman yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional berkata, jentera Wanita PH yakin akan dapat mengambil alih kerusi Parlimen Kimanis yang sebelum ini dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dengan adanya kerjasama utuh antara PH, Warisan dan UPKO dalam memastikan kejayaan pada pilihan raya tersebut.

Post a comment

0 Comments