Pekerja kilang makanan maut jatuh mesin kisar


SEORANG pekerja kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Londang, Masjid Tanah dekat Melaka maut selepas terjatuh ke adalam mesin pengisar daging.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata susulan kejadian itu, pihak bomba dikejarkan ketempat kejadian bagi operasi mengeluarkan mangsa warga Nepal itu.

"Kita menerima panggilan kira-kira jam 7.46 pagi dan tiba di kilang tersebut untuk operasi mengeluarkan mangsa sembilan minit kemudian bersama enam anggota dari balai Masjid Tanah.

"Mangsa mengalami beberapa kecederaan pada anggota badan selain pendarahan teruk di bahagian pinggang dan disahkan meninggal dunia," katanya menurut laporan Bernama.

Menurut Zulkhairani, mangsa dikenali sebagai Indra Prasad Bhattarai, 47, itu sebelumnya sedang membuat kerja membaik pulih pengisar tersebut dan butang ‘on’ mesin itu dihidupkan secara tiba-tiba.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. 

Post a comment

0 Comments