Pelajar lemas dekat sungai berhampiran kubur


SEORANG
pelajar Pusat Giat Mara Felda Chiku 05, lemas di sungai berhampiran Tanah Perkuburan Islam, Felda Chiku dekat Gua Musang petang semalam.

Nik Saifuldin Nik Yusuf, 18, yang dipercayai dari Felcra Gugusan Panggong Lalat ditemui penduduk kampung lemas di dalam sungai terbabit.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin dipetik berkata, pihaknya menerima laporan insiden itu dari orang awam kira-kira jam 2.38 petang.

Mangsa dikatakan baru sahaja beberapa minit berada di dalam sungai sebelum tiba-tiba lemas.

“Rakan mangsa tidak sempat menyelamatkannya sebelum memaklumkan kepada penduduk kampung dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang.

“Mayat ditemui jam 3.30 petang oleh penduduk kampung dan anggota bomba tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, mayat kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

"Pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada sebarang tanda untuk dikaitkan dengan perbuatan jenayah," jelas mohd taufik lagi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu jam 1.36 tengah hari.

“Sembilan anggota bersama dua jentera, termasuk ambulans paramedik bergegas ke lokasi untuk melancarkan gerakan mencarinya bermula jam 2.30 petang.

Post a comment

0 Comments