Rakyat Malaysia maut kemalangan di Mesir


DUA
warga Malaysia dalam satu kemalangan jalan raya di Mesir semalam

Agensi AFP yang memetik pegawai keselamatan berkata, kemalangan berlaku  apabila dua buah bas yang membawa pelancong bertembung dengan sebuah trak di timur Kaherah ketika dalam perjalan ke sebuah resort di Ain Sokhna di Laut Merah.

Sumber berkata, mereka yang terkorban termasuk dua pelancong perempuan dari Malaysia, seorang lelaki India, dan tiga warga tempatan - pemandu bas, pemandu pelancong dan pengawal keselamatan.

Menurut laporan itu lagi, sekurang-kurangnya 24 cedera.

Sementara itu, satu lagi kemalangan bas berlaku pada hari sama, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 pekerja kilang pakaian, dengan lapan lagi tercedera.

Akhbar milik kerajaan, Al-Ahram melaporkan kemalangan itu berlaku di jalan raya antara Port Said dan Damietta di utara Mesir.

Post a comment

0 Comments