Remaja perempuan maut dihempap lelaki bunuh diri


DUA remaja perempuan yang baru pulang dari kelas seni lukis maut dihempap seorang lelaki yang bertindak  terjun dari bangunan tinggi untuk membunuh diri.

Menurut Beijing News, dalam kejadian di Shapingba, Chongqing pada Selasa lalu remaja malang dikenali sebagai Zhang, 17, dan Huo, 15, sedang berjalan pulang ke rumah masing-masing.

Mereka dihempap lelaki sebagai Li, 31, yang melompat dari bangunan flat untuk membunuh diri dan menghempap mereka.

Jurucakap pihak berkuasa Shapingba berkata, punca Li membunuh diri masih disiasat, bagaimanapun dia mengesahkan tiga orang maut di hospital akibat kejadian itu.

Sementara itu, ibu saudara Zhang berkata, ini kali kedua ibu bapa mangsa berdepan kematian anak, apabila abang mangsa juga meninggal dunia ketika masih kecil.

“Anak sulung kakak saya meninggal dunia pada usia 10 tahun. Dia kemudian hamil dua bulan selepas kematian anak itu.

“Siapa sangka anak keduanya ini juga meninggal dunia pada usia yang terlalu muda,” katanya dipetik.

Post a comment

0 Comments