Semburit: kertas pertuduhan Azmin didakwa telah ada



AHLI Majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendakwa sudah ada kertas pertuduhan erhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali dan bekas ketua Pemuda KEADILAN Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Dipetik FMT, Lokman berkata, beliau mengetahui kewujudan kertas pertuduhan itu setelah diberitahu kepadanya oleh seorang sumber dari Jabatan Peguam Negara sendiri.

“Sahabat kita dari Jabatan Peguam Negara melihat dengan mata dia sendiri.

"Kertas pertuduhan ke Azmin Ali bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan kertas pertuduhan terhadap Haziq pula bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya di Facebook.

Lokman sebelumnya bersiaran di Facebook di depan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya sebelum menyerahkan memorandum kepada wakil jabatan itu hari ini.

Difahamkan, Seksyen 377B berkenaaan kesalahan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii, manakala 337D pula berkenaan kesalahan melanggar kesopanan.

Terdahulu, tersebar beberapa rakaman video hubungan seks sesama jantina yang seorang daripadanya mirip Azmin Ali tersebar. 

Pada 12 Jun lalu, Haziq Aziz mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut.

Haziq menamakan seorang lagi individu dalam video tersebut sebagai Azmin. Namun Azmin menafikan dirinya terbabit dengan video lucah berkenaan.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada Julai berkata, analisis CyberSecurity Malaysia mengesahkan video seks sejenis itu adalah tulen dan tidak disunting, tetapi ia tidak dapat mengecam individu yang dikatakan mirip bekas Menteri Besar Selangor itu.

Sementara bulan lalum Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, berkata klip video tersebut sudah dihantar ke firma di sebuah universiti di AS untuk dianalisis oleh seorang pakar forensik digital.

Beliau dipetik media sebagai berkata "Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin identiti lelaki yang dirakam beraksi di atas ranjang - dan dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali - akan diketahui sebelum hujung tahun ini,"

Post a comment

0 Comments