Seribu ekor ayam mati kerana kemalangan


DIANGGARKAN 1,000 ekor ayam dalam muatan sebuah lori mati selepas kenderaan itu terbabit kemalangan di Pendang, Kedah pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah yang dipetik laporan Sinar berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, lori 18 tan yang membawa muatan 3,000 ekor ayam mengalami pancit pada tayar belakang.

Lori itu kemudiannya dilapor hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di pinggir jalan sehingga menyebabkan sebahagian muatannya terhimpit dan termasuk ke tali air.

"Tayar belakang bahagian kiri lori yang membawa muatan bekalan 3,000 ekor ayam hidup itu pancit apabila tiba di lokasi kejadian.

"Lori dipandu Amad Faiz Mohamad Fadzil,26, kemudiannya hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.

Tambah pihak polis, lori itu dalam perjalanan dari Kampung Cina, Pendang di sini ke kilang memproses ayam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Difahamkan pemandu dan kelindannya yang berusia 29 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan itu juga dilapor tidak melibatkan kenderaan lain.

Post a comment

0 Comments