Singapura tahan warga M'sia kerana air ketum


DUA
rakyat Malaysia ditahan kerana membawa masuk 4 botol yang mengandungi cecair berwarna coklat dipercayai air ketum di pelabuhan Jurong pada 10 Dec lepas.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) melalui laman Facebookny berkata, cecair itu ditemui para pegawainya dalam lori yang didaftarkan di Malaysia yang mengangkut rasuk besi.

“Dua botol lain yang mengandungi sisa cecair yang serupa turut dijumpai. Botol tersebut tersembunyi di bawah dan di belakang kerusi pemandu,” menurutnya ICA.

ICA menyatakan bahawa ketum mengandungi ‘Mitragynine’ dan ‘7-Hydromitragynine’, yang merupakan dadah terkawal Kelas A.

Ia yang disenaraikan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

"Pengimportan mana-mana dadah terkawal Kelas A ke Singapura adalah suatu kesalahan yang, jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara minimum 5 tahun dan 5 sebatan, dan maksimum 30 tahun penjara dan 15 sebatan," kata ICA.

Difahamkan, kedua-dua rakyat Malaysia berusia 35 dan 38 tahun itu kini ditahan pihak berkuasa negara itu.

Kes ini telah dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat untuk siasatan lanjut.

Post a comment

0 Comments