19 pelajar M'sia di Batangas di pindah ke Manila


KIRA-KIRA
19 pelajar Malaysia yang menuntut di Adventist University of the Philippines (AUP) di wilayah Batangas dipindahkan ke Manila.

Pemindahan itu dibuat susulan letusan gunung berapi Taal.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pemindahan itu dilakukan ekoran keadaan yang semakin kritikal termasuk pengisytiharan cuti kecemasan yang diumumkan Pejabat Presiden Filipina.

Kementerian luar turut menyarankan agar warganegara Malaysia menangguhkan perjalanan ke kawasan yang terjejas akibat bencana itu sekiranya tiada keperluan mendesak.

“Warganegara Malaysia yang terkesan dan memerlukan bantuan pula dinasihat agar menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai bencana itu akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, beberapa syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airline dan AirAsia membatalkan penerbangan ke Manila susulan kebimbangan gunu berapi itu akan memuntahkan laharnya.

Syarikat penerbangan terbabit menasihatkan penumpang untuk menyemak kembali jadual perjalanan mereka.

Gunung berapi Taal, yang terletak 65 kilometer di selatan Manila, dilaporkan meletuskan debu pada Ahad lalu mengakibatkan ribuan penduduk dipindahkan dari kawasan berkenaan.

Post a comment

0 Comments