265 bekas kakitangan MAPS dapat pembelaan


SEMUA
265 kakitangan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang menghentikan operasinya baru-baru ini akan diberi pampasan.

Pengarah Syarikat Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), Zadrul Insan Mustadza berkata, pampasan kepada kakitangan berstatus tetap dan kontrak itu dibuat oleh penerima dan pengurus yang dilantik selepas pertimbangan secara mendalam.

“Pekerja yang terkesan dengan tindakan ini akan diberikan pampasan mengikut garis panduan Akta Pekerja 1955.

“Pihak syarikat sudah mengambil tindakan proaktif dalam usaha untuk membantu pekerja dari pelbagai aspek,” katanya dalam satu kenyataan bersama seorang lagi Pengarah Syarikat, Yang Idros Yang Razali.

Sementara itu jelas Zadrul, pihaknya akan mengambil tanggungjawab bagi meminimakan impak kepada kakitangan susulan keputusan menutup taman tema tersebut.


Jelasnya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan hadir memberi taklimat berkenaan pengurusan kewangan, manakala Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berkesempatan untuk menjelaskan mengenai tuntutan Sistem Insuran Pekerjaan PERKESO (SIP).

“Pihak syarikat juga sudah bekerjasama dengan beberapa syarikat lain untuk menyediakan peluang pekerjaan baru kepada pekerja terutamanya dalam bidang makanan dan minuman, khidmat pelanggan dan penyelenggaraan.

Difahamkan, Sunway Lost World Of Tambun, Swiss-Garden, Hovid, Taiko Group dan PCBL telah membuka kaunter temuduga untuk bekas pekerja MAPS.
 

Post a comment

0 Comments