3 kes baharu koronavirus setakat malam tadi - KKM


KEMENTERIAN
Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan pertambahan tiga kes baharu disyaki ada kaitan dengan novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini setakat malam tadi.

Kesemua individu terlibat adalah warganegara China.

"Seorang daripadanya dikuarantinkan di Hospital Bintulu, Sarawak dan dua lagi di Hospital Langkawi sementara menunggu keputusan makmal," kata menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Susulan perkembangan terkini itu, keseluruhan tujuh kes positif dilaporkan di negara ini sejak 25 Januari lalu,

Lima kes disyaki koronavirus seperti dilapor semalam juga telah disahkan negatif.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata jumlah kumulatif kes Pesakit-Di Bawah-Pengawasan (PUI) jangkitan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) adalah 65 kes, melibatkan 34 adalah warganegara Malaysia, 30 warganegara China dan seorang warganegara Jordan.

"Daripada jumlah 65 kes PUI ini, terdapat satu kes yang positif 2019-nCoV sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. Sementara itu, sebanyak 61 kes PUI adalah negatif," katanya.

Setakat ini, wabak itu mencatat 4,500 dan 106 kematian di China, tempat wabak ini bermula.

Di Malaysia pula, empat kes positif wabak koronavirus dicatatkan yang kesemuanya merupakan kes import, manakala empat lagi kes disyaki dicatatkan yang turut melibatkan dua warga tempatan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan baru-baru ini dilapor telah meluluskan peruntukan segera bagi menambah mesin pengimbas suhu bagi menapis pelancong dari luar terutama China.

Ia bakal diletakkan di semua pintu masuk utama negara.

Post a comment

0 Comments