3 maut 9 cedera dalam nahas tujuh kenderaan


KEMALANGAN melibatkan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 246.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Kuala Kangsar, malam tadi membunuh tiga individu.

Dalam nahas  melibatkan sebuah treler, empat kereta dan dua motosikal jam 10 malam tadi, sembilan individu turut cedera,

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 10.13 malam dan mengegaskan anggota bagi membantu.

"Anggota bersama jentera FRT Kuala Kangsar yang tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan tujuh kenderaan termasuk sebuah treler.

"Terdapat mangsa yang tersepit dan operasi menyelamat dijalankan," katanya.

Anggota penyelamat berjaya mengeluarkan tiga mangsa yang kemudiannya disahkan meninggal dunia.

"Sementara sembilan mangsa pula mengalami kecederaan di lokasi kejadian," katanya.

Kejadian itu turut menyebabkan aliran trafik dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora sesak sejauh 7km akibat lorong kiri dan kanan yang terhalang.

Bagaimanapun, kesesakan dapat diatasi kira-kira jam 3.40 minit pagi tadi.

Post a comment

0 Comments