69 projek rakyat dilaksana di Kuantan


PUSAT
Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan berjaya menyelesaikan 69 projek mesra rakyat sepanjangtahun lalu.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, ia terdiri daripada pelbagai kategori projek berimpak besar kepada seluruh warga Kuantan seperti pendidikan, infrastruktur awam, pembekalan dan bangunan awam dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

"Pada tahun lalu, kita telah mengagihkan kira-kira RM700,000 bagi membaik pulih pelbagai kemudahan awam seperti perhentian bas, pondok Skim Rondaan Sukarela (SRS), balai raya dan sebagainya.

"Sebanyak RM757,213 digunakan bagi pembangunan awam; pendidikan (RM242,787) dan seterusnya pembekalan sebanyak RM300,000 dengan memberikan dua unit traktor kepada peladang dan pesawah di Parlimen Kuantan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berakhirnya

Fuziah sebelumnya membuat pembentangan laporan prestasi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan pada Jun 2018 hingga Disember 2019 di Pejabatnya di Kuantan semalam.

Sementara itu, Fuziah menjelaskan bahawa pihaknya menerima peruntukan khas Ahli Parlimen Kuantan sebanyak RM3.5 juta.

Peruntukan itu diagihkan dengan menumpukan tiga aspek iaitu kebajikan, sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) dan projek mesra rakyat.

"Kita amat berpuas hati kerana laporan prestasi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan sejak Jun 2018 hingga Disember tahun lalu dilihat memberangsangkan dan mencapai sasaran membantu rakyat," katanya.

Dalam perkembangan itu, Fuziah turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan masalah setempat bagi memudahkan pihaknya mengambil tindakan cepat.

"Mereka boleh membuat aduan secara terus kepada agensi kerajaan berkaitan selain aduan di halaman Facebook Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan atau datang sendiri ke pejabat kami," jelasnya.

Post a comment

0 Comments