Adun Dengkil mahu rebut jawatan tertinggi parti


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) , Adhif Syan Abdullah tidak bercadang merebut jawatan peringkat bahagian.

Sebaliknya, Adhif  yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong baru-baru ini bercadang untuk bertanding di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi pada pemilihan parti.

Rancangan itu didedahkan Adhif melalui satu laporan media.

“Di peringkat bahagian saya tidak hantar apa-apa borang pencalonan tetapi Insya-ALLAH di peringkat pusat saya akan hantar borang untuk jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi," katanya dipetik laporan Sinar.

Menurutnya Adhif lagi, kes melibatkan dirinya masih dalam siasatan pihak polis.

Namun itu jelasnya tidak menghalang dia dia bertanding pada pemilihan parti itu yangs edang berlangsung.

“Isu yang berlaku sebelum ini tidak menghalang saya terus jalankan tanggungjawab seperti biasa.

Walaupun saya digantung Ketua Armada Negeri tetapi dalam pemilihan tidak menghalang saya bertanding jawatan di dalam parti,” tambahnya lagi. 

Beliau berkata, Adhif ditahan polis pada jam 1.30 pagi, 13 Januari lalu, dia bersama 16 yang lain termasuk beberapa wanita dilapor terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah dan perjudian. 

Bagaimanapun kes tersebut kini masih dalam sisasatan pihak berkuasa polis.

Post a comment

0 Comments