AirAsia lanjut gantung penerbangan ke Wuhan


SYARIKAT penerbangan AirAsia melanjutkan lagi pembatalan sementara semua  penerbangan dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket Ke Wuhan, China selama sebulan.

Melalui satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan pembatalan itu sehingga 29 Febuari hadapan.

Sehubungan itu, pelanggan  dari dan ke semua destinasi di tanah besar China yang terjejas boleh memilih akaun kredit, mengekalkan nilai tambang dalam akaun AirAsia BIG Loyalty mereka untuk perjalanan akan datang atau pulangan bayaran penuh.

Akaun kredit hanya terpakai untuk semua penerbangan dari dan ke tanah besar China sehingga 15 Februari atau 29 Februari untuk penerbangan dari dan ke Wuhan sahaja bagi tiket yang dikeluarkan sebelum 28 Januari.

Pulangan bayaran penuh hanya terpakai untuk semua penerbangan dari dan ke tanah besar China sehingga 15 Februari dan penerbangan balik dari 16 hingga 29 Februari untuk tiket yang dikeluarkan sebelum 28 Januari.

AirAsia pada 23 januari lalu membuat pengumuman pembatalan sementara semua penerbangannya antara destinasi terbabit sehingga selasa berikutan kebimbangan wabak koronavirus.
 

Post a comment

0 Comments