Anak Ahmad Deedat akhirnya meninggal kerana ditembak


ILMUAN
dan aktivis Islam terkenal di Afrika Selatan, Yousuf Deedat yang ditembak di kepala pada Rabu dilapor telah meninggal dunia pada Jumaat.

Anak beliau, Raees Deedat berkata, keluarga dan sahabat handai berada di sini ayahnya sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.40 petang.

“Keluarga mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diterima daripada keluarga, sahabat handai dan anggota masyarakat,” kata Raees seperti dilaporkan portal berita IOL.

Rabu lalu, Yousof , 65  diserang lelaki tidak dikenali di luar Mahkamah Majistret di Verulam ketika berjalan bersama isterinya.

Pengarah sebuah syarikat keselamatan persendirian Reaction Unit South Africa, Prem Balram berkata, penjenayah berkenaan menghampiri Yousuff dan terus menembaknya dari jarak dekat.


BACA: Anak Ahmed Deedat parah dalam cubaan bunuh 

Penjenayah itu kemudianya melarikan diri dengan sebuah kereta yang diparking berhampiran tempat kejadian.

Sebagai rekod, Yousof merupakan anak ilmuan Islam terkenal, Sheikh Amad Deedat yang sering menganjurkan debat umum dan mengupas perbezaan agama.

Jurucakap polis Thembeka Mbele berkata,  motif serangan tidak diketahui dan suspek melarikan diri.

Post a comment

0 Comments