Anak Ahmed Deedat parah dalam cubaan bunuh


ANAK kepada seorang pendakwa Islam terkenal kini bertarung nyawa selepas ditembak di luar sebuah mahkamah, pada Isnin.

Jurucakap polis, Kolonel Thembeka Mbela berkata, mangsa, Yousuf Deedat, 65, ditembak ketika berjalan bersama isterinya menuju ke Mahkamah Keluarga Verulam di pinggir Durban.

Yousof  terkenal sebagai aktivis masyarakat dan sarjana Islam di Durban. beliau juga adalah anak Sheikh Ahmed Deedat.

Sementara itu, Al-Jazeera melaporkan suspek yang tidak dikenali menembak tepat di kepala Yousuf.

“Selepas ditembak, mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan perubatan, manakala suspek melarikan diri kemudian hilang tanpa jejak.

"Mangsa berada dalam keadaan kritikal di hospital tempatan dan dimaklumkan mengalami kecederaan serius, kami tetap berharap semoga beliau pulih,” kata Mbela.

Bapa mangsa, Sheikh Ahmed Deedat meninggal dunia pada 2005 merupakan bekas pendakwah Islam yang sering menganjurkan debat umum yang terkenal dalam mengupas perbezaan agama.

Di samping itu, beliau juga  penceramah dan penulis yang dihormati dalam menerbitkan beberapa buku kecil mengenai Islam dan Kristian serta merupakan pengasas Pusat Penyebaran Islam Antarabangsa yang bertujuan supaya Islam didengari dan difahami di seluruh dunia.

Sheikh Ahmed Deedat dianugerahkan Hadiah Antarabangsa Raja Faisal pada 1986 atas kerja kerasnya berdakwah selama 50 tahun.

Dalam pada itu, pihak polis berkata, siasatan akan dijalankan punca beliau ditembak.

Post a comment

0 Comments