Anak kucing malang dipotong kaki oleh pemabuk?


GANJARAN RM5,000 ditawarkan kepada saksi atau individu yang dapat menyalurkan maklumat bagi membantu kes kekejaman terhadap seekor kucing.

Tawaran itu diwartakan Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) susulan penularan beberapa gambar di memaparkan bangkai seekor kucing yang dibunuh dengan keempat-empat kakui dan mulut haiwan itu dipotong.

Presidennya, Arie Dwi Andika dalam satu kenyataan menyuarakan rasa kesal terhadap sikap memalukan ditonjolkan pelaku yang membunuh kucing itu tergamak mencederakan sehingga mati haiwan berkenaan.

“Bangkai kucing malang itu ditemui berhampiran sebuah bengkel yang kita tidak dapat dedahkan lokasinya buat masa ini.

“Animal Malaysia mohon dan merayu saksi kejadian yang tahu hal ini supaya tampil menghubungi persatuan untuk menyalurkan maklumat lengkap,” katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Animal Malaysia.

Menurut Arie, penyaluran maklumat itu diharap membantu pihak berkuasa untuk menangkap pelaku supaya didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

“Saksi atau pengadu tidak perlu khuatir kerana kerahsiaan mereka dijamin sepenuhnya dan diharap ada yang tampil memberi kerjasama.

“Maklumat boleh disalurkan kepada persatuan menerusi Whatsapp di talian 011-20901097,” katanya lagi.

Muat naik status di laman MAA
Sementara itu, Animal Malaysia malam tadi memberi pembayang telah mendapat sedikit petunjuk dalam kes pembunuhan tersebut.

Mereka membayangkan pelakunya adalah seorang pemabuk apabila menulis status "Jangan meminum arak hingga mabuk dan menjadikan kucing stray sebagai mangsa permainan akibat dicabar rakan untuk membunuh ketika mabuk. Nyawa haiwan bukan mainan dan haiwan stray juga merasa kesakitan,"

Tambah persatuan itu lagi, pihak mereka berjanji tidak akan berdiam diri soal kezaliman dan pembunuhan kejam haiwan tanpa alasan.
 

Post a comment

0 Comments