Anwar tegur pengkritik tulisan Jawi


ISU berkaitan pembelajaran tulisan Jawi tidak sepatutnya dijadikan itu, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diminta mengulas isu itu oleh pemberita, Anwar berkata bantahan sesetengah pihak terhadap pengenalan tulisan Jawi itu 'agak keterlaluan' apatah lagi tulisan Jawai merupakan satu daripada khazanah kebangsaan.

"Mengenai tulisan Jawi, saya tak mahu hangatkan. Saya telah buat kenyataan. Ia adalah khazanah.

"Kadang-kadang, (pihak) yang menentang itu pun agak keterlaluan, (sehingga) menyentuh perasaan orang Melayu, seolah-olah Jawi sudah kuno. Sanskrit kuno orang masih belajar, Latin kuno pun.

"Bukan untuk kuasai sehingga jadi tulisan kebangsaan, tapi untuk kita ketahui. Saya tak fikir bahasa Melayu itu tidak dapat dikuasai tanpa sedikit pengetahuan tentang asalnya," katanya dalam satu sidang media di Serdang semalam.

Pengenalan tulisan Jawi melalui tiga muka surat dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun Empat mendapat bantahan terutamanya dari kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong.

Kumpulan berkenaan pada mulanya merancang untuk mengadakan kongres berhubung tulisan Jawi bagi menyatakan bantahan berkenaan,  Anwar sebelum ini pernah membuat gesaan agar tiada himpunan mengenainya dibuat kerana hanya membankitkan perasaan kurang senang dikalangan masyarakat mMelayu.

Sementara itu, Anwar menegaskan, pengenalan tulisan Jawi kepada pelajar sekolah  vernakular hanya sekadar tiga muka surat. Justeru tegasnya, ia tidak seharusnya diperbesarkan.


 

Post a comment

0 Comments