Atlet para maut terperangkap dalam kebakaran.


SEORANG
atlet kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang pernah mewakili Johor, maut akibat melecur 80 peratus selepas kediaman keluarganya terbakar.

Dalam kejadian di Taman Pagoh Jaya di Muar tengahari semalam, Muhammad Ata Maarof, 28, gagal menyelamatkan diri apabila ruangan dapur kediaman ibunya terbakar.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Jefri Jamal berkata, Muhammad Ata yang mengalami keilatan di kaki maut akibat melecur kerana tidak berjaya menyelamatkan diri.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa berada di bahagian dapur rumah serta gagal menyelamatkan dirinya.

Difahamkan, Muhammad Ata bekerja di sebuah syarikat pizza di Kuala Lumpur dan sedang menghabiskan cutinya di kampung tersebut.

Ketika kejadian, dipercayai ibu Muhammad Ata keluar ke kedai manakala atlet itu hanya berseorangan di rumah.

Sementara itu tambah jefri, seramai 25 anggota bomba dengan lima jentera dari BBP Pagoh dan Muar telah  digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.59 pagi.

“Kebakaran memusnahkan 60 peratus daripada kediaman itu. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata Muhammad Ata ditemui rentung dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 tengah hari tadi.

Zaharudin berkata mayat Muhammad Ata kini berada di Hospital Muar untuk bedah siasat.mengesahkan kejadian tersebut.

Muhammad Ata lumpuh akibat kemalangan lima tahun lepas, beliau   meraih pingat gangsa bagi sukan powerlifting pada temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak dua tahun lepas, dengan angkatan 55 kilogram bagi kategori 65 kilogram.

Sementara itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin turut menzahirkan rasa sedih atas kejadian tersebut.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu kehilangan besar kepada negeri dan negara kerana potensinya

Post a comment

0 Comments