Beg udara, Toyota panggil semula 3.4 j kenderaan


TOYOTA Motor Corp dilapor bakal memanggil semula 3.4 juta kenderaan di seluruh dunia.

Memetik Malaysia gazette, Ia susulan kecacatan elektronik yang boleh menyebabkan beg udara tidak boleh berfungsi dalam kemalangan.

Penarikan semula itu termasuk 2.9 juta kenderaan Amerika Syarikat, merangkumi model Corolla 2011-2019,Matrix 2011-2013, Avalon 2012-2018 dan Avalon Hybrid 2013-2018.

Kenderaan-kenderaan tersebut dikhuatiri mempunyai unit kawalan elektronik yang tidak mempunyai perlindungan mencukupi terhadap gangguan elektrik yang boleh berlaku dalam kemalangan, dipercayai akibat kegagalan beg udara. Ia juga boleh menjejaskan fungsi tali pinggang keledar.

Pada April lalu, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan (NHTSA) Kebangsaan Amerika Syarikat meluaskan penyelidikan terhadap 12.3 juta beg udara yang berpotensi cacat merangkumi beberapa pembuat kereta, termasuk memanggil semula kenderaan Toyota.

NHTSA  telah mengenal pasti dua kejadian kemalangan, termasuk satu kemalangan maut “yang melibatkan produk Toyota, yang mana (tekanan elektrik) disyaki penyebab ” beg udara tidak berfungsi. Kedua-duanya melibatkan kereta baru Corolla.

Post a comment

0 Comments