Bob Lokman stabil, isteri dedah punca rebah


BOB LOKMAN
yang dikejarkan ke hospital setelah rebah ketika menyertai siri jelajah kuliah agama di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini dilapor stabil.

Perkembangan terkini bekas pelawak, pelakond an penulis lirik itu disahkan isterinya, Relawati Daud.

“Awalnya, keadaan suami agak serius, kedua-dua kaki bengkak akibat masalah buah pinggang. Jantungnya lemah dan tidak boleh berjalan kerana cepat penat.

“Betis dan kaki membengkak hingga menyukarkannya bergerak ketika dimasukkan ke wad kira-kira lapan hari lalu. Kini, Alhamdulillah, bengkak pada kakinya semakin surut.

“Hari ini, doktor berhenti memberi ubat cecair untuk melihat fungsi ubat sebelum ini. Sekiranya sudah stabil, suami boleh pulang,” kata dipetik BH.

Bagaimanapun difahamkan, Bob, 57, masih ditahan di hospital selama beberapa hari lagi berikutan doktor mahu membuang air dalam badannya.

“Suami agak bertenaga selepas lima kilogram (kg) air dibuang. Dia hanya boleh minum air sebanyak 500 milimeter sehari, akibat beberapa komplikasi penyakit.

“Dia juga bergantung pada ubat untuk melawaskan pembuangan air kecil,” kata Relawati lagi.

Sementara itu Relawati turut mendedahkan punca Bob rebah baru-baru ini.

Jelasnya, ubat dimakan suaminya itu tidak berfungsi menyebabkan pembuangan air kecil tidak lawas.

“Suami hanya makan ubat sebiji pil sehari. Bagaimanapun, dos terpaksa ditambah apabila sakit, tetapi pembuangan air kencing tetap tidak lawas.

“Sebab itulah kakinya bengkak dan pernafasan turut terganggu. Air berlebihan dalam badan juga menyebabkan gangguan hingga melemahkan pergerakan serta pernafasan,” katanya lagi.

Post a comment

0 Comments