DBKL wujudkan dana bantu bayar deposit rumah


KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan bakal melaksana inisiatif baharu bagi memastikan kesejahteraan warga Kuala Lumpur diberi keutamaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilapor bakal menyediakan dana pusingan khas bernilai RM3.9 juta bertujuan membantu golongan Bumiputera membeli rumah mampu milik di wilayah itu.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata langkah itu dilihat dapat meringankan beban pembeli dalam dalam menyediakan wang pendahuluan bagi memiliki kediaman mampu milik yang ditawarkan kepada mereka.

"Pinjaman daripada dana pusingan itu perlu dibayar balik dalam tempoh 10 tahun tanpa dikenakan sebarang faedah," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pada Khamis.

Difahamkan, dana bagi tabung itu merupakan hasil kutipan denda ke atas pemaju yang menjual unit kuota Bumiputera tanpa kebenaran. Dana itu juga sebahagianya datang dari sumbangan lima peratus daripada harga unit yang diberi pelepasan untuk dijual kepada bukan Bumiputera.

"Sasaran dana pusingan itu ialah golongan B40 terutama bagi pembelian rumah pertama," jelas Khalid lagi.

Post a comment

0 Comments