Debu gunung berapi jadi batu bata


DEBU
tebal yang dimuntahkan gunung berapi Taal yang terletak kira-kira 65 kilometer di selatan ibu negara Filipina pada akhir minggu lalu tidak disia-siakan penduduk setempat.

Peihak berwajip negara itu dilapor memanfaatkan debu itu dengan dijadikan batu bata sekaligus sebagai respon terhadap masalah pencemaran dari debu tersebut.

Pegawai alam sekitar tidak hanya membersihkan debu tebal tersebut malah mereka membuat keputusan untuk mencampurkan bahan tersebut dengan simen, pasir dan sisa plastik untuk menghasilkan kira-kira 5,000 batu bata sehari untuk projek pembinaan tempatan.

"Kami berjaya menukarnya untuk menjadi satu objek yang berguna," kata pegawai alam sekitar bandar, Rodelio Lee dipetik laporan AFP.

Difahamkan, timbunan sisa plastik dan debu vulkanik kini memberi manfaat yang besar kepada projek tersebut.

"Ketika ini, kreativiti kami semakin jelas," kata Datuk Bandar Binan, Arman Dimanguila.

Selain ancaman letusan Taal, Filipina juga berdepan krisis sisa sampah yang membimbangkan dengan jumlah pembuangan sisa plastik sekali guna hampir 60 bilion setahun.

Inovasi terbahru itu sedikit sebanyak dilihat sebagai satu langkah menangani isu pencemaran di negara itu.

Post a comment

0 Comments