Diskaun 50 peratus saman trafik hingga 1 Februari


PENGGUNA jalan raya yang masih mempunyai saman tertunggak kini boleh menjelaskan saman mereka dengan tawaran sebanyak 50 peratus.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dalam satu sidang media di Petaling Jaya baru-baru ini berkata, tawaran itu bermula dari 18 Jan hingga 1 Feb ini dan boleh dibuat menerusi pembayaran platform atas talian sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun jelasnya, tawaran itu hanya khusus kepada kesalahan tertentu.

“Tawaran diskaun ini hanya untuk kesalahan tertentu dan tidak termasuk kesalahan bagi memandu laju, memandu di laluan kecemasan, langgar lampu isyarat, memotong garisan berkembar serta guna alat komunikasi ketika memandu," katanya

Sementara itu dalam satu sidang media lain, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Azisman Alias pula menjelaskan pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.

Jelasnya, kaedah itu dapat menjimatkan masa pengguna yang terpaksa beratur bagi membayar saman.

 

Post a comment

0 Comments