Gunung berapi Taal berisiko meletus bila-bila masa


SELEPAS seminggu memuntahkan debu ke udara, gunung berapi Taal di Filipina sekali lagi diletak dalam keadaan berjaga-jaga.

Ia susulan gunung berapi itu kini berpotensi untuk meletus sekali lagi ekoran terdapat aktiviti pergerakan magma yang baru selain peningkatan pelepasan gas toksik.

Agensi berita Reuters dalam laporannya berkata, letusan seterusnya dibimbangi akan menghamburkan lebih daripada sekadar debu.

Pengarah Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), Renato Solidum, berkata, selain berlakunya peningkatan pengeluaran gas, difahamkan terdapat penambahan magma di dasarnya.

“Jika ia mampu sampai ke kawasan kawah gunung berapi, dibimbangi akan berlaku satu letusan yang kuat,” katanya kepada DZMM Radio.

Pihak berkuasa negara itu sudah menetapkan kawasan zon larangan dalam lingkungan 14 kilometer di sekeliling gunung berapi.

Ia sebagai persediaan sekiranya berlaku letusan yang berpotensi mengakibatkan hujan batu dan risiko tsunami


BACA: Tasik 'lenyap' selepas gunung berapi Taal mengganas

BACA: Selepas Taal, gunung berapi Semeru pula meletus
Sebagai rekod, gunung berapi Taal sudah meletus dengan menghamburkan lahar lebih 30 kali dalam tempoh lima kurun lalu dan terakhir pada tahun 1977.

Filipina berada dalam kawasan ‘Lingkaran Api’ iaitu rangkaian gunung berapi melingkari Lautan Pasifik, yang turut menghadapi risiko gempa bumi yang tinggi.

Sejak  12 Januari lalu, gempa bumi dilapor masih berlaku di sekitar kawasan pergunungan berkenaan yang sekaligus meningkatkan aktiviti vulkanik.

Post a comment

0 Comments