Gunung Rinjani ditutup hingga April



GUNUNG Rinjani di Nusa Tenggara Barat yang terkenal dikalangan pendaki ditutup sementara kerana banjir pada 1 Januari lalu.

Menurut Ketua Agensi Taman Negara Gunung Rinjani, Dedy Asriadi, salah satu daripada kawasan di gunung berkenaan telah ditenggelami air yang disebabkan oleh hujan lebat.

Menurut Asriandi yang dipetik agensi berita, walaupun banjir telah mula surut, laluan pendakian masih ditutup sehingga 31 Mac ini atas sebab-sebab keselamatan.

Tambahnya, beberapa projek pemulihan ekosistem yang masih berterusan di kawasan berkenaan ditambah dengan amaran cuaca melampau Kelas 1 daripada stesen Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Lombok Barat dilihat boleh membahayakan pendaki.

Difahamkan kawasan tersebut akan dibuka semula selepas keadaan beberapa trek pendakian diperbaiki.

Sebagai rekod,  Gunung Rinjani merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3.726 meter dari paras laut.

Ia menjadi pilihan pendaki keindahan pemandangannya.

Post a comment

0 Comments