HARAPAN perlu tetapkan tarikh tukar PM


PAKATAN HARAPAN
perlu segera menetapkan segera tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri seperti yang telah dipersetujui Majlis Presiden sebelum ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada tuntutan rakyat yang mahukan jawapan jelas berhubung isu tersebut sebagaimana pernah diumumkan pada 6 Jan 2018.

"Majlis Presiden HARAPAN harus secara jelas memberikan komitmen kepada tarikh peralihan perdana menteri ketujuh, daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar pada Mei 2020 sebagaimana yang pernah dinyatakan kepada rakyat.

"Ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan demi kebaikan negara kita.

"Penduduk kawasan saya - sama ada yang ditemui di pasar, penjawat awam di Putrajaya mahupun ahli perniagaan - mereka mahukan jawapan yang jelas dalam perkara ini," kata ketua setiausaha pengelola Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, Dr Mahathir berulang kali menyatakan komitmennya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar tetapi tidak meletakkan tarikh khusus untuk itu.

Sebahagian penyokong HARAPAN menganggap dengan tiada tarikh jelas bila peralihan kuasa itu akan dilakukan sedikit sebanyak telah menghilangkan keyakinan rakyat terhadap lkestabilan dalam HARAPAN.

Post a comment

0 Comments