Hospital nafi dakwan wanita mati hidup semula


BEBERAPA jam sebelum majlis pengebumian dijalankan, seorang wanita yang diisytiharkan mati secara klinikal bangun semula.

Memetik laporan Agensi, kejadian tersebut berlaku di perkampungan Muchchandi, kira-kira 500 kilometer dari Bengaluru minggu lalu.

Malati Chougale sebelumnya dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Belagavi kerana tidak sedarkan diri selepas mengalami demam panas.

Menurut laporan itu, sebaik tiba di hospital terbabit, doktor dan kakitangan perubatan berusaha menyedarkan semula wanita berusia 55 tahun itu namun gagal dan mengisytiharkan kematiannya.

Waris kemudiannya membawa pulang 'mayat' malati  ke rumah untuk proses pengebumian.

"Ketika sanak saudara memberikan penghormatan terakhir, wanita tersebut tiba-tiba terjaga sehingga membuatkan hadirin terkejut," kata seorang penduduk kampung.

Susulan itu, keluarga wanita terbabit bercadang menyaman hospital tersebut atas dakwaan cuai.

Sementara itu, jurucakap hospital menafikan dakwaan keluarga wanita terbabit.

"Dia sebenarnya dibenarkan meninggalkan hospital atas permintaan keluarga kerana mahu menghantarnya ke hospital lain.

"Kami tidak pernah mengisytiharkan kematiannya. Jadi, dakwaan petugas kami cuai amat mengecewakan," katanya agensi itu lagi.

Post a comment

0 Comments