Iran hantar kotak hitam pesawat Ukraine ke Perancis


DATA
kotak hitam pesawat malang Ukraine yang terhempas di pinggir bandar raya Tehran pada Rabu akan dimuat turun di Perancis, kata Pertubuhan Penerbangan Awam Iran pada Sabtu.

Ketua lembaga penyiasatan nahas, Hassan Rezaeifar yang dipetik Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) berkata, negara itu tidak mempunyai teknologi cukup canggih, memandangkan pesawat Boeing yang terhempas itu jenis paling terkini dan moden.

Kotak hitam itu akan akan dihantar ke Perancis supaya datanya boleh dimuat turun dan mengelakkan sebarang kerosakan katanya dipetik Bernama.

Rabu lalu, pesawat penumpang Ukraine jenis Boeing 737-800 terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini Tehran. Kesemua 176 penumpang termasuk sembilan anak kapal terkorban.

Mengulas lanjut mengenai isu itu, Rezaeifar berkata Iran meminta Kanada, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) untuk membawa perisian dan peralatan mereka ke Tehran untuk memuat turun data kotak hitam tetapi negara berkenaan enggan menerima cadangan tersebut.

Kemudian, Iran meminta Ukraine, Sweden, Britain, Kanada, dan AS menghantar kotak hitam ke makmal negara yang berkecuali iaitu Perancis dan dipersetujui oleh lima negara tersebut, kata pegawai itu.

Rezaeifar berkata Iran dan Perancis mempunyai perjanjian untuk memuat turun data kotak hitam pesawat itu.

Bagaimanapun, semua keputusan itu dibuat sebelum Staf Am Tentera Iran mengeluarkan kenyataan mengenai nahas berkenaan.

Post a comment

0 Comments