Kambing cacat jadi mangsa, disembah sebagai 'avatar'


SEEKOR kambing yang dilahirkan dengan muka pelik menjadi mangsa golongan pentaksub apabila disembah sebagai ‘avatar Tuhan’ di New Delhi.

Kelahiran anak kambing itu yang  mempunyai mulut dan mata mirip seperti manusia itu dilapor di perkampungan Nimodia di pinggir Jaipur, Rajashtan.

penduduk setempat menyembah kambing tersebut kerana menganggapnya sebagai ajaib.

Memetik laporan Live Science, saintis berkata, kecacatan seperti itu berlaku ketika perkembangan janin apabila otak gagal untuk dibahagikan kepada dua bahagian.
Ia akan menyebabkan haiwan tersebut hanya mempunyai satu telinga, pembentukan hidung dan kelopak mata tidak sempurna dan gigi lebih kecil.

Dari sudut perubatan, kambing tersebut mungkin mengalami wajah seperti itu akibat kecacatan kongenital yang digelar cyclopia yang menyebabkan sebelah mata terbentuk pada dahi.

Terdahulu, pemiliknya, Mukeshji Prajapap turut berkongsi rakaman video kambing aneh tersebut pada awal minggu lalu.

Kambing sering dianggap sebagai haiwan suci di India walaupun penganut Hindu menamakan lembu, monyet, ular, gajah dan harimau dalam golongan tersebut.

Pada 2017, media tempatan pernah melaporkan tentang kelahiran seekor kambing yang mempunyai struktur wajah seperti manusia. 

Post a comment

0 Comments