Kanak-kanak 10 tahun ditemui mati tergantung


SEORANG
kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan mati tergantung di rumahnya di Bandar Damai Perdana Cheras, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata kanak-kanak itu ditemukan ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 5.30 pagi.

Difahamkan, keluarganya membawa kanak-kanak itu ke sebuah hospital swasta berhampirandan disahkan telah meninggal dunia.

“Budak perempuan itu dijumpai dalam keadaan tergantung dengan tali pada leher dan terikat pada pemegang tangga,” kata Mohd Sabri dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, keterangan kesemua ahli keluarga telah diambil susulan insiden itu,

Siasatan awal jelanya tidak menunjukkan sebarang kejadian mencurigakan serta hasil siasatan tidak menemukan sebarang perbuatan yang boleh mengaitkannya dengan perbuatan jenayah.

“Proses bedah siasat telah dijalankan pakar Hospital Serdang dan mendapati tiada kesan kecederaan lain yang berunsur jenayah dan tiada serangan seksual,” katanya.

Sementara itu tambah Mohd Sabri, siasatan diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian sebenar.

Post a comment

0 Comments