Kanak-kanak ditemui mati dalam ruang tayar pesawat


SEORANG
kanak-kanak ditemukan mati dalam ruang pendaratan sebuah pesawat.

Memetik laporan agensi berita antarabangsa, kanak-kanak itu ditemui sejurus pesawat
Air France mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, pada 7 Januari lalu.

Tambah laporan itu lagi,  mayat kanak-kanak itu dijumpai pada pukul 6.40 pagi (waktu tempatan), setengah jam selepas pesawat jenis Boeing 777 tersebut dijadualkan mendarat.

Kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai penumpang gelap itu dipercayai terperangkap dalam ruang gear pendaratan pesawat AF703 dari Abidjan, Ivory Coast.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti kanak-kanak yang dipercayai seorang warga Afrika.

Air France dalam pada itu melahirkan simpati di atas tragedi yang meragut nyawa kanak-kanak tersebut.

Post a comment

0 Comments