Kanak-kanak maut jatuh kuarters



SEORANG kanak-kanak perempuan maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kuarters guru di Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Kedua-dua mangsa merupakan adik beradik berusia tiga dan enam tahun.

Kejadian disedari oleh ibu mangsa selepas melihat dua anaknya itu terbaring di kawasan lapang di bawah rumah ketika pulang dari tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata ibu mangsa kemudian dengan dibantu jiran segera membawa anaknya ke Hospital Selayang.

"Ibu mangsa dengan dibantu oleh jiran membawa dua anak perempuannya itu ke Hospital Selayang dan pada 6.02 petang, doktor mengesahkan anaknya berusia tiga tahun telah meninggal dunia.

"Seorang lagi mangsa pula patah tangan serta kaki," katanya.

Tambah Arifie lagi, semasa kejadian kedua-dua mangsa berada bersama bapa mereka di rumah sebelum bapa dilaporkan keluar sebentar.

Susulan kejadian itu katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
 

Post a comment

0 Comments