KBS bantu hafizh Syahrin, mana syarikat koporat lain?


PELUMBA sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang masih bergelut untuk mendapatkan penaja utama bagi menghadapi saingan MotoGP Dunia 2020 kini dapat menarik sedikit nafas lega.

Ia susulan jaminan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi sedikit bantuan kewangan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi KBS berhubung jumlah dana yang akan disalurkan.

Difahamkan, dana tersebut bersumberkan daripada Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).

"Saya akan membantu sebaik mungkin kerana sebelum ini (fokus kita) untuk mencari penaja dalam kalangan syarikat korporat.

"Kita masih menunggu permohonan dari pihak Hafizh Syahrin dan kita akan terus mencari jalan untuk membantu beliau," katanya di Putrajaya semalam.

Hafiz terpaksa kembali ke Moto2 bersama pasukan Angel Nieto pada musim 2020 selepas dua musim beraksi di kelas perdana, MotoGP masih memerlukan dana yang besar bagi mengharumkan nama negara.

Pasukan Angel Nieto sebelum dilaporkan hanya bersetuju membantu Hafizh Syahrin untuk mendapatkan tempat dalam perlumbaan Moto2 sahaja.

Susulan itu anak kelahiran Selangor itu perlu mendapatkan penaja utama bagi menampung beberapa keperluan lain termasuk gaji, tiket penerbangan, hotel dan kos latihan pengangkutan.

Pada masa yang sama, Syed Saddiq turut menyeru syarikat korporat untuk tampil membantu bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung pelumba kelahiran Selangor itu dalam menghadapi saingan Moto2 pada musim ini.
 

Post a comment

0 Comments