KEADILAN kecam kenyataan KPN


PARTI
Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyuarakan rasa kecewa dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dalam isu fitnah serangan seksual keatas Muhammed Yusoff Rawther.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, kenyataan dibuat Abdul hamid dilihat bersifat “afirmatif” seolah-olah Anwar pernah melakukan perbuatan itu.

“Kenyataan (Hamid berbunyi) kejadian itu berlaku lama dahulu, 1 hingga 2 tahun, jadi pihak polis sukar mengumpul bukti dan juga ‘corroborative evidence’.

“Kenyataan itu sepatutnya tidak datang dari ketua polis negara yang sepatutnya lebih cermat dalam membuat kenyataan terhadap perkara yang telah diputuskan untuk tidak diteruskan proses pendakwaan oleh peguam negara.”

“Sepatutnya ketua polis negara dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh dibaca sebagai memberi konotasi tidak elok kepada individu terlibat," kata Saifuddin di Kementeriannya di Putrajaya.

Terdahulu, Hamid dalam satu sidang media dilaporkan berkata, bukti fizikal diperlukan untuk meneruskan kes tuduhan serangan seksual terhadap Anwar selepas Jabatan Peguam Negara menutup kes itu semalam.

Beliau berkata, sukar untuk polis mendapatkan bukti fizikal dan sokongan bagi kes itu kerana ia sudah lama berlaku.

Semalam, Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek berkata, timbalan pendakwa raya mendapati wujud percanggahan fakta material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atau seksyen lain di bawah kanun sama.

“Kami juga mendapati tidak cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan yang ada dalam kertas siasatan,” kata Engku Nor Faizah.

Post a comment

0 Comments