Kedah minat jadikan tapak arkeologi tarikan pelancong


KERAJAAN negeri Kedah bercadang menjadikan kawasan penemuan 100 artifak zaman Paleolitik di Gunung Pulai, Baling sebagai tarikan pelancongan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, pihaknya akan berbincang bersama Jabatan Warisan Negara (JWN) secara lebih terperinci apakah bentuk sektor pelancongan yang dapat dilakukan di tapak warisan baru itu.

"Ini satu peluang.. bila dah ada penemuan seperti itu ian boleh dijadikan satu tarikan pelancong. Yang itu belum kita perhalusi lagi

"Kita nak memguruskannya sebelum ini. Kita cadangkan supaya Gunung Pulai ini dijadikan destinasi pelancongan," ujar Mukhriz.

Sementara itu jelasnya, kerajaan kini telah mengarahkan supaya kerja-kerja kuari yang dijalankan di kawasan gunung itu sebelum ini dihentikan.

Pada Selasa, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah menemui lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun di beberapa buah gua di Gunung Pulai.

beberapa pihak mencadangkan, jika artifak itu benar-benar berusia 17,000 tahun, ia bermakna penempatan di Gunung Pulai itu adalah antara yang tertua di negeri ini dan lebih tua berbanding di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok.

Post a comment

0 Comments