Kimanis: Polis akan pastikan proses undi lancar


PIHAK berkuasa polis memberi jaminan akan berusaha sedaya upaya bagai memastikan proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis hari ini lancar.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, pihaknya akan  meningkatkan kawalan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Malah tambahnya, seramai 859 pegawai dan anggota pelbagai cawangan akan ditugaskan sepanjang tempoh tersebut termasuklah memastikan tidak berlaku insiden tidak diingini dan proses pemindahan peti ke pusat pengiraan undi lancar.

"Keanggotaan trafik kita maksimumkan 100 orang lebih, untuk memastikan laluan lancar dan juga keselamatan dan juga petugas-petugas ini dari Pusat Daerah mengundi (PDM)  ke tempat pengiraan undi di Dewan DUN Banir.

"Kita tutup laluan di hadapan dewan itu sahaja, kita kira sebagai laluan alternatif, saya jangkakan tidak menggangu lalu lintas," katanya dipetik laporan Awani.

Sementara itu, seramai 29,618 pengundi diberi peluang bagi memilih wakil rakyat mereka hari ini,  sebanyak 68 saluran dan 19 buah pusat mengundi dibuka.

 

Post a comment

0 Comments