K'jaan ambil langkah drastik tangani koronavirus


KERAJAAN Malaysia mengambil pendekatan lebih drastik dalam membendung penularan wabak kronavirus yang kini ditahap semakin membimbangkan.

Bagi memenuhi gesaan rakyat yang mahu isu pelawat dari China diberi perhatian, Kerajaan mengumumkan keputusan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di sekitarnya.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan terkini berkata semua kemudahan imigresen itu merangkamui eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini dah ia berkuatkuasa serta merta.

"Kemudahan imigresen ini akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal.

"Wisma Putra akan menyelaras pelaksanaan keputusan ini bersama pihak Kerajaan China," kata kenyataan tersebut.

Pejabat Perdana Menteri berkata sejak timbulnya kes jangkitan koronavirus di China minggu lepas, Malaysia telah mengikut prosedur-prosedur ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kerajaan juga telah mendapat nasihat pakar untuk menghadapi dan membendung jangkitan ini daripada merebak dengan meluas.

"Pemantauan dibuat dari semasa ke semasa. Pelbagai pihak sedang melakukan usaha yang terbaik untuk mencegah sebarang penularan," katanya.

Sementara itu kerajaan juga mengingatkan kepada semua pihak agar tidak sewenangnya menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan koronavirus bagi mengelak ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

Post a comment

0 Comments