K'jaan beri vaksin pneumococcal percuma untuk bayi


SEMUA
bayi yang lahir bermula 1 Jan tahun ini layak menerima suntikan vaksin pneumococcal secara percuma.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye seperti dilapor portal Bernama.

“Sebanyak RM60 juta diperuntukkan untuk program vaksin pneumococcal ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dalam proses perolehan vaksin berkenaan untuk diedarkan ke semua klinik dan hospital dan suntikan itu dijangka dilaksanakan mulai Jun depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta daripadanya sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

Suntikan Pneumococcal  turut dikenali sebagai Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV) diberikan bertujuan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus Pneumonia.

Umumnya, bakteria tersebut boleh menjangkiti sesiapa tanpa mengira usia, tetapi lebih kerap menjangkiti kanak-kanak dan individu lebih berusia.

Jangkitan disebebkan virus berkenaan adalah serius dan boleh mengakibatkan hilang upaya secara kekal atau boleh menyebabkan kematian.

Post a comment

0 Comments