Koronavirus: Seorang rakyat M'sia diasingkan

 
SEORANG
rakyat negara ini yang baru pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi dilakukan pemantuan pengesanan wabak koronavirus.

Perkembangan itu disahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika kebimbangan berhubung penularan wabak itu memuncak.

Menurut Dzulkefly, mangsa merupakan antara 11 yang menjalani ujian pengesanan selepas tiba dari Wuhan, China awal pagi tadi.

Menurutnya, ketika ini, mangsa diasingkan di hospital berkenaan sementara menunggu keputusan lanjut diperoleh.

"Daripada 11 yang menjalani ujian pengesanan itu, keputusan seorang lagi masih belum selesai atau diperoleh.

"Mereka terdiri daripada lapan rakyat Malaysia, dua dari China dan seorang Jordan. Keputusan seorang yang belum diketahui itu adalah rakyat Malaysia," katanya pada sidang media khas berkenaan wabak koronavirus di National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM  Putrajaya.

Sementara itu,  Dzulkefly turut menasihatkan rakyat di negara ini menangguhkan lawatan atau percutian ke Wuhan, China bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Mana-mana pihak khususnya yang baru pulang bercuti dari China dinasihatkan untuk segera menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya tidak sihat.

Sementara itu, tiga warga China berasal dari Wuhan yang memasuki negara ini melalui Johor Bahru, kelmarin disahkan positif wabak koronavirus.

Mereka telah diasingkan di Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Post a comment

0 Comments