Koronavirus: WHO enggan isytihar darurat global


PERTUBUHAN
Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis berpendirian "terlalu awal" untuk mengisytiharkan wabak koronavirus yang melanda China sebagai darurat kesihatan global.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang akhbar selepas mesyuarat tertutup jawatankuasa itu, pihaknya berbeza pendapat apakah perlu untuk pengisythiran itu dibuat ketika ini.

"Hari ini saya tidak mengisytiharkan darurat kesihatan global. Sama seperti semalam, Jawatankuasa Darurat berbelah bahagi sama ada wabak itu mewakili Amaran Darurat Kesihatan Antarabangsa (PHEIC) atau tidak," kata Tedros.

Agensi berita Xinhua dalam laporannya berkata, jawatankuasa Darurat itu difahamkan telah bermesyuarat selama dua hari bagi membincangkan isu isu berkaitan penularan wabak tersebut.

"Meskipun wabak itu menular di China, tetapi ia belum boleh dianggap darurat kesihatan global," kata Tedros, sambil menambah penilaian risiko WHO mendapati wabak itu mempunyai risiko sangat tinggi di China dan di peringkat serantau serta global.

"Saya ingin ulangi bahawa hakikat saya tidak mengisytiharkan PHEIC pada hari ini bukan bermakna WHO tidak mengambil serius keadaan itu" katanya.

PHEIC ditakrifkan WHO sebagai satu peristiwa luar biasa yang menimbulkan risiko kesihatan awam kepada negara-negara lain, melalui penyebaran penyakit dan memerlukan respon antarabangsa yang selaras.

Buat masa ini, WHO tidak mengesyorkan apa-apa larangan perjalanan atau sekatan perdagangan yang lebih menyeluruh dan hanya mencadangkan pemeriksaan keluar di lapangan terbang sebagai sebahagian langkah komprehensif untuk mengekang penularan wabak.

Post a comment

0 Comments