Lok U meninggal dunia


PENGARAH
muzik ternama tanah air,  Lok-U atau nama sebenarnya Faizal Uzir dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi Rabu.

Memetik laporan Awani, Allahyarham Lok-U difahamkan sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, di sini sebaik pulang dari berjogging.

Jenazah Allahyarham Lok-U dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang semula ke kediamannya bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir sebelum disemadikan.

Allahyarham Lok-U yang berusia 47 tahun meninggalkan isteri, Jamariah Yusof serta empat orang anak Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.

Post a comment

0 Comments