MA63: Senator tempelak janji Zahid Hamidi



ANGKATAN
Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional menempelak janji Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk melaksanakan 100 peratus Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya BN kembali berkuasa.

Ketuanya Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata, BN gagal melakukan perkara itu  walaupun sudah diberi tempoh 60 tahun mereka diberi peluang memerintah.

“Kamu telah diberi peluang 60 tahun bah, kenapa kamu tidak ubah dan kenapa kamu tidak penuhi (MA63)?

“Jangan bilang kata mahu 100 peratus, sikit pun tidak nampak! Dan MA63 ini mula disebut-sebut oleh pejuang-pejuang sekarang, yang kini menjadi kerajaan.

“Jadi, tak payah lah, ini semua auta (janji melaksanakan MA63), sudah 60 tahun,” katanya dalam satu program di Bongawan minggu lalu.

Susulan itu, Aiman Athirah menzahirkan rasa hairan apabila baharu sekarang BN mahu memperjuangkan perkara itu, kononnya selepas diberi semula mandat oleh rakyat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak mudah tertipu dengan mainan politik BN.

“Kita adalah sebuah parti politik yang baharu, yang fresh, dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) kita yang sangat hebat.

“Kalau pun ada kekurangan kita, kita sentiasa kena mengingatkan teman-teman kita yang menjadi kerajaan,” katanya lagi.

Post a comment

0 Comments