Macau Scam tergamak gelapkan duit warga emas


SINDIKET penipuan wang, Macau Scam sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu warga emas. matlamat mereka semata-mata mahu hidup senang dengan cara mudah.

Modus operandinya sama, namun mereka dilihat gemar mensasarkan golongan wanita dan warga emas kerana bagi mereka, golongan itu yang cepat cemas lebih mudah terpedaya.

Memetik laporan Sinar, seorang wanita baru-baru ini terkejut wang dalam simpanannya berjumlah RM59,600 hanya berbaki RM100 selepas diperdaya ahli sindiket tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian itu berlaku selepas mangsa  berusia 57 tahun itu menerima panggilan dan dituduh terlibat kes pengubahan wang haram, 16 Januari lalu.

"Wanita kononnya wakil daripada sebuah syarikat perbankan dan mendakwa akaun mangsa terlibat aktiviti pengubahan wang haram dan mempunyai tunggakan pinjaman peribadi RM50,000 gagal dilunaskan sehingga kini.

"Mangsa menafikan perkara tersebut, namun talian mangsa disambungkan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai polis dan memaklumkan mangsa terlibat kes pengubahan wang haram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akuan pegawai bank yang menghubunginya bagi memastikan wang simpanannya selamat.

"Mangsa diminta memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun selamat dan dia yang panik bertindak mengikuti semua arahan ahli sindiket Macau Scam itu.

"Mangsa bersetuju dan menukar kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mengemas kini telefon dalam akaun tersebut seperti minta," katanya dipetik laporan itu.

Mangsa dikatakan hanya menyedari wang simpanannya berbaki hanya RM100 selepas menyemak semula akuannya petang semalam dan kemudian membuat laporan polis selepas merasakan dirinya ditipu apabila mendapati wang simpannya lesap.

Post a comment

0 Comments