Menteri beri gambaran peralihan kuasa akhir tahun


MENTERI Kewangan , Lim Guan Eng, menyuarakan rasa yakin bahawa proses peralihan kuasa antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim  akan berlaku secara baik.

Dipetik laporan FMT, Lim berkata, perdana menteri sendiri telah mengulangi janji akan berundur selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada November ini.

“Ini akan berlaku akhir tahun ini, ia tidak lama dari sekarang.

“Beliau sudah berjanji (akan berundur),” katanya pada satu program di Putrajaya hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu sebelumnya ditanya berhubung desakan sesetengah pihak supaya tarikh peralihan kuasa ditetapkan.

Terdahulu, Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai pengganti Dr Mahathir yang diletakkan sebagai perdana menteri Interim (sementara) mengulangi pendirian agar peralihan kuasa dilakukan secara aman.

Sebagai rekod, Peralihan kuasa antara kedua pemimpin itu telah terkandung dalam perjanjian dimeterai pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada 7 Januari 2018.

Berbanding Barisan Nasional (BN), perdana menteri yang dipilih HARAPAN tiada kuasa untuk menamakan individu selain diputuskan wakil Majlis Presiden.

Post a comment

0 Comments