MET beri amaran ribut di perairan Condore


ANGIN
kencang Timur Laut dengan kelajuan sehingga 60 kilometer (km) sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan fenomena itu yang bakal bermula esok hingga Rabu akan menyebabkan beberapa kawasan antaranya  perairan Reef North, Reef South, Layang-Layang, utara Bunguran, timur Samui dan Tioman menerima kesan dari pergerakan angin itu.

Kawasan-kawasan itu jelas MET boleh dilanda angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 km sejam dan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter.

"Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Bunguran sehingga 6 petang ini.

Keadaan serupa juga dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak Barat sehingga tempoh yang sama.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang sehingga 50 km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sebagai rekod, perairan Candore dirujuk di ruang lautan diantara Semenanjung, Thailand dan Borneo.

Post a comment

0 Comments