MPSJ bakal bangunkan semula uptown Puchong Permai


TAPAK  perniagaan di uptown Puchong Permai yang terbakar pada Februari tahun lalu akan dibangunkan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan berkata, keputusan itu dibuat bagi manfaat semua penduduk di kawasan berhampiran.

Menurutnya, ketika ini, tapak tersebut telah dibersihkan , ia akan dibangunkan semula mengikut pelan asal yang diluluskan sebelelum ini.

Selain itum gerai-gerai menjual makanan turut akan dibina di tepi kawasan lapang berkenaan.

"Tapak itu asalnya kawasan lapang, jadi kita ambil tanggungjawab untuk pulangkan kepada masyarakat," katanya dipetik Sinar Harian.

Pada 2 Februari tahun lalu, sebanyak 200 lot perniagaan di kawasan itu hangus dalam kebakaran yang mengakibatkan kerugian hampir RM1 juta.

Sementara itu jelas Noraini,  pembangunan di tapak Uptown Puchong Permai akan dilaksanakan seiring dengan pembinaan Dataran Niaga.

Beliau berkata, peniaga yang beroperasi di Dataran Niaga itu akan dibahagikan kepada tiga syif selepas ini bagi membolehkan lebih ramai pihak mendapat manfaat.

"Premis yang lebih sesuai akan disediakan bagi memenuhi keperluan perniagaan makanan yang perlu dimasak di lokasi.

"Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menuju status bandar raya, MPSJ perlu memastikan setiap perniagaan disusun di tempat yang sesuai," katanya lagi.

Post a comment

0 Comments